Friday, January 15, 2010

13 Januari: Hari Jadi Ke-6



Sekarang umur Amir sudah 6 tahun. Tarikh hari jadi Amir pada 13 Januari tapi mak dan ayah buat parti hari jadi lebih awal pada 9 Januari sebab 13 haribulan tu hari Rabu, mak dan ayah kerja. Bila buat hari Sabtu ramai la sedara dan kawan dapat datang rumah Amir.
Ayah bagi hadiah istimewa kali ni, sebuah kereta remote control Flash & Dash. Best betul main. Pada hari jadi sebenar ayah bagi hadiah lagi, gambar konvo Amir dengan frame sekali dan satu album gambar konvo dan sukan prasekolah Seri Mawar. Sebelum tu ayah beli basikal baru jugak. Banyak betul hadiah ayah bagi. Amir saaaayang ayah. Nanti Amir letak gambar kat sini ye. Boleh semua orang tengok.

Saturday, November 07, 2009

HARI KONVOKESYEN






Majlis Konvokesyen Pra-Sekolah Seri Mawar, Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh telah berlangsung di Hotel Heritage, Ipoh Pada hari Jumaat, 6 November 2009. Majlis penyampaian sijil dan hadiah telah disempurnakan oleh Pengarah IPG Ipoh. Saya rasa sungguh seronok menghadiri majlis konvokesyen ini bersama emak dan ayah.

Sunday, September 06, 2009

PEMINAT


Pada 12 Jun 2009, selepas tuisyen Smart Reader saya beli KFC yang terletak di sebelah pusat tuisyen tersebut dan dapat hadiah transformer. Kemudian saya ikut ayah makan kenduri kahwin kawan ayah di Sungai Siput. Saya main la transformer yang baru dapat tu. Tiba-tiba saya dikerumuni beberapa orang peminat. Saya pun tak tahu mereka minat kat saya ke minat kat transformer saya.

Friday, May 01, 2009

TUISYEN




Pada 12.4.2009 yang lalu saya sudah mendaftar dan mula mengikuti kelas tuisyen Bahasa Inggeris Smart Reader di Pusat Tuisyen Sang Suria, berhampiran Megopleks, Medan Gopeng, Ipoh. Kelas tuisyen ini diadakan pada setiap hari Sabtu jam 10.00 hingga 12.00 tengah hari. Saya seronok sangat dapat belajar di situ. Cikgunya baik dan ramai kawan baru.

Friday, March 06, 2009

AMIR & ZULAIKHA

Hari ini saya pergi ke rumah Tok Din di Kg Anak Kurau. Saya sangat seronok dapat jumpa sepupu baru saya, Zulaikha, anak Maksu Hidayah.

Tuesday, January 27, 2009

BELAJAR MENUNGGANG BASIKAL

Selepas beberapa hari belajar, akhirnya hari ini saya berjaya juga menunggang basikal. Saya mula dengan empat roda, tak ada masalah. Lepas tu buang satu tayar, tinggal 3 roda saja. Mulanya takut-takut juga sebab tak dapat seimbangkan badan dan kerap kali terjatuh. Tapi saya tak serik, hilang sakit saya naik lagi. Lama-lama saya rasa lebih yakin dan jarang dah terjatuh. Bila dah betul-betul mahir nanti nak cuba 2 roda pulak.

Tuesday, January 13, 2009

HAPPY BIRTHDAY


Hari ini, 13.1.2009 genaplah usia saya lima tahun. Sambutan hari jadi tahun ini agak istimewa kerana Cikgu dan kawan-kawan di sekolah menyanyikan lagu Selamat Hari Jadi khas untuk saya. Mak dan ayah bagi hadiah istimewa untuk saya.
Dalam usia 5 tahun ini saya sudah habis baca buku 'Bacalah Anakku 1 dan 2' dan mengaji Iqra' 1.Saya dah pandai ambil air sembahyang sendiri dan juga selalu ikut ayah solat di masjid.
Bila tengok gambar-gambar di atas, rasanya cepat betul saya membesar. Saya dibesarkan dan dididik dengan penuh kasih sayang oleh mak dan ayah. Terima kasih mak. Terima kasih ayah.
Amir berazam akan jadi anak yang baik dan berjaya dalam hidup untuk membalas jasa mak dan ayah.