Tuesday, January 27, 2009

BELAJAR MENUNGGANG BASIKAL

Selepas beberapa hari belajar, akhirnya hari ini saya berjaya juga menunggang basikal. Saya mula dengan empat roda, tak ada masalah. Lepas tu buang satu tayar, tinggal 3 roda saja. Mulanya takut-takut juga sebab tak dapat seimbangkan badan dan kerap kali terjatuh. Tapi saya tak serik, hilang sakit saya naik lagi. Lama-lama saya rasa lebih yakin dan jarang dah terjatuh. Bila dah betul-betul mahir nanti nak cuba 2 roda pulak.

Tuesday, January 13, 2009

HAPPY BIRTHDAY


Hari ini, 13.1.2009 genaplah usia saya lima tahun. Sambutan hari jadi tahun ini agak istimewa kerana Cikgu dan kawan-kawan di sekolah menyanyikan lagu Selamat Hari Jadi khas untuk saya. Mak dan ayah bagi hadiah istimewa untuk saya.
Dalam usia 5 tahun ini saya sudah habis baca buku 'Bacalah Anakku 1 dan 2' dan mengaji Iqra' 1.Saya dah pandai ambil air sembahyang sendiri dan juga selalu ikut ayah solat di masjid.
Bila tengok gambar-gambar di atas, rasanya cepat betul saya membesar. Saya dibesarkan dan dididik dengan penuh kasih sayang oleh mak dan ayah. Terima kasih mak. Terima kasih ayah.
Amir berazam akan jadi anak yang baik dan berjaya dalam hidup untuk membalas jasa mak dan ayah.

Monday, January 05, 2009

HARI PERTAMA DI SEKOLAH


Hari ini, 5.1.2009 saya mula memasuki alam persekolahan. Mulai hari ini saya akan belajar di Prasekolah Seri Murni, Institut Perguruan Ipoh. Saya rasa sungguh seronok kerana dapat berkenalan dengan ramai kawan baru.

Saturday, January 03, 2009

MANDI LAUT DI TELUK BATIK


Sempena cuti tahun baru pada 1.1.2009, keluarga saya berkunjung ke Teluk Batik untuk bersantai dan mandi manda. Saya sangat seronok bermain di pantai, mandi laut dan naik boat. Pemandangan di sana sungguh indah, udaranya nyaman dan semua pengunjung nampak ceria.