Sunday, September 21, 2008

AKTIVITI HARI MINGGU

Pergi Jusco pakai baju Hot Wheels yang baru ayah beli

Amir & Abg Hafiz sedang mengecat dengan serius

Minggu lepas ayah bawa Amir ke Jusco, Ipoh. Kami bersiar-siar sambil mencari CD Power Rangers SPD. Saya seronok melihat ikan dalam akuarium di Jusco, macam ikan yang ada dalam game Feeding Frenzy yang selalu saya main dalam komputer ayah.
Minggu ini pula saya tak pergi mana. Saya tolong ayah dan abang Hafiz mengecat pintu pagar rumah. Dalam cerita Wonder Pet 'apa yang penting, kerjasama'. Jadi kami pun bekerjasama mengecat pintu pagar tersebut sebagai persediaan untuk menyambut Hari Raya yang akan tiba tak lama lagi. Kerja siap lebih cepat dan dapat eratkan hubungan kekeluargaan. Itu saja cerita saya minggu ini. Selamat berpuasa.

Wednesday, September 10, 2008

Baju Raya

Ni dia baju raya saya

Ayah bagi hadiah kereta Hot wheel

Ni la baju Ironman saya


Hari Ahad lepas ayah bawa saya ke UO untuk beli pakaian sebagai persediaan menyambut hari raya. Tahun ni saya ada dua pasang baju melayu, sepasang baju kemeja, baju ironman, dan kasut baru. Gambar-gambar di atas ni lah pakaian raya saya tahun ni. Cantik tak? Terima kasih ayah!

Saturday, September 06, 2008

Rawatan Gigi

Inilah rupa gigi saya selepas ditampal

Cantik tak gigi saya?

Sejak beberapa hari lalu saya rasa sakit gigi dan sukar untuk tidur. Semalam (5.9.2008) mak dan ayah bawa saya ke klinik gigi di Chemor untuk dapatkan rawatan. Kali pertama nak jumpa doktor gigi, hati saya berdebar-debar dan takut. Tapi bila teringat Adi dalam cerita Adi & Ayah dan Amin dalam cerita Geng Bas Sekolah yang sakit gigi sihat semula lepas jumpa doktor gigi, saya cuba kuatkan semangat. Bila sampai di sana hanya saya seorang saja yang ada, jadi terus saja dapat jumpa doktor. Lepas diperiksa doktor kata tak perlu cabut sebaliknya dia hanya akan tampal saja gigi yang berlubang. Mula-mula saya relak saja, tapi bila doktor mula bersihkan gigi, saya tak dapat tahan lagi lalu sayapun menangis kerana takut dan sakit. Akhirnya kerja menampal gigipun selesai dan saya dibenarkan pulang. Sekarang gigi saya tak sakit lagi.

Wednesday, September 03, 2008

Aiman Danial

Peace

Amir leka bermain dengan Aiman Danial


Pada 30 Ogos yang lepas sepupu saya Aiman Danial, anak Pak Awo datang ke rumah saya. Seronok dapat jumpa dan bermain dengan adik Aiman. Lain kali datang lagi ye.