Tuesday, December 23, 2008

MANDI SUNGAI DI LATA KEKABU


Pada hari Sabtu lepas, 20.12.2008 saya balik ke rumah Atuk Leman di Lenggong bersama emak dan abang Hafiz. Saudara mara saya juga balik pada hari tersebut termasuk adik Aiman.
Kami semua pergi berkelah dan mandi di Lata Kekabu. Seronoknya, pemandangannya indah, air jernih dan sejuk. Lihatlah gambar di atas, semua orang seronok main air.

Tuesday, November 18, 2008

MELAWAT KLCC


Pada hari Sabtu 15.11.2008 ayah bawa Amir melawat KLCC di Kuala Lumpur. Abang Hafiz dan mama pun pergi sama. Kami naik keretapi komuter dari rumah Pak Long (ayah abang Kudin) di Kg Raja Uda, Pelabuhan Klang ke KL Sentral. Lepas tu kami naik LRT pula ke KLCC. Seronoknya dapat naik keretapi dan LRT.
Apabila sampai di KLCC kami bergegas ke aras empat untuk masuk ke Petrosains dan tengok pameran robot Asimo. Tapi nasib kami kurang baik, tiket petrosains dah habis dan robot pun dah tak ada. Jadi kami jalan-jalan je sekitar KLCC.

Sunday, September 21, 2008

AKTIVITI HARI MINGGU

Pergi Jusco pakai baju Hot Wheels yang baru ayah beli

Amir & Abg Hafiz sedang mengecat dengan serius

Minggu lepas ayah bawa Amir ke Jusco, Ipoh. Kami bersiar-siar sambil mencari CD Power Rangers SPD. Saya seronok melihat ikan dalam akuarium di Jusco, macam ikan yang ada dalam game Feeding Frenzy yang selalu saya main dalam komputer ayah.
Minggu ini pula saya tak pergi mana. Saya tolong ayah dan abang Hafiz mengecat pintu pagar rumah. Dalam cerita Wonder Pet 'apa yang penting, kerjasama'. Jadi kami pun bekerjasama mengecat pintu pagar tersebut sebagai persediaan untuk menyambut Hari Raya yang akan tiba tak lama lagi. Kerja siap lebih cepat dan dapat eratkan hubungan kekeluargaan. Itu saja cerita saya minggu ini. Selamat berpuasa.

Wednesday, September 10, 2008

Baju Raya

Ni dia baju raya saya

Ayah bagi hadiah kereta Hot wheel

Ni la baju Ironman saya


Hari Ahad lepas ayah bawa saya ke UO untuk beli pakaian sebagai persediaan menyambut hari raya. Tahun ni saya ada dua pasang baju melayu, sepasang baju kemeja, baju ironman, dan kasut baru. Gambar-gambar di atas ni lah pakaian raya saya tahun ni. Cantik tak? Terima kasih ayah!

Saturday, September 06, 2008

Rawatan Gigi

Inilah rupa gigi saya selepas ditampal

Cantik tak gigi saya?

Sejak beberapa hari lalu saya rasa sakit gigi dan sukar untuk tidur. Semalam (5.9.2008) mak dan ayah bawa saya ke klinik gigi di Chemor untuk dapatkan rawatan. Kali pertama nak jumpa doktor gigi, hati saya berdebar-debar dan takut. Tapi bila teringat Adi dalam cerita Adi & Ayah dan Amin dalam cerita Geng Bas Sekolah yang sakit gigi sihat semula lepas jumpa doktor gigi, saya cuba kuatkan semangat. Bila sampai di sana hanya saya seorang saja yang ada, jadi terus saja dapat jumpa doktor. Lepas diperiksa doktor kata tak perlu cabut sebaliknya dia hanya akan tampal saja gigi yang berlubang. Mula-mula saya relak saja, tapi bila doktor mula bersihkan gigi, saya tak dapat tahan lagi lalu sayapun menangis kerana takut dan sakit. Akhirnya kerja menampal gigipun selesai dan saya dibenarkan pulang. Sekarang gigi saya tak sakit lagi.

Wednesday, September 03, 2008

Aiman Danial

Peace

Amir leka bermain dengan Aiman Danial


Pada 30 Ogos yang lepas sepupu saya Aiman Danial, anak Pak Awo datang ke rumah saya. Seronok dapat jumpa dan bermain dengan adik Aiman. Lain kali datang lagi ye.

Monday, August 11, 2008

Gambar Di Taman







Petang semalam ayah bawak Amir pergi main di taman, dekat kawasan perumahan Taman Tanjung Emas. Dah lama tak pergi ke sana. Alat-alat permainan masih sama macam dulu. Ini dia antara gambar yang sempat ayah rakam buat kenangan untuk dilihat semula bila dah besar nanti.

Saturday, August 09, 2008

Di Usia 4 Tahun




Sudah lama tidak update blog ini. Sekarang umur saya sudah lebih 4 tahun. Saya sudah pandai mengira nombor 1 hingga 100 dan membuat kiraan tambah (+) nombor-nombor yang mudah. Selain itu saya juga dah pandai menulis nama saya, nama ayah, nama mama dan nama abang hafiz. Pada masa lapang saya suka mewarna, terutamanya buku mewarna Power Rangers.



Aktiviti sukan yang saya gemari ialah badminton dan bola sepak. Saya selalu main badminton dan bola dengan ayah di rumah. Sekarang saya tak pergi main di taman lagi.



Waktu malam saya selalu ikut ayah pergi solat maghrib di masjid, terutamanya pada hari Sabtu dan Ahad. Saya dah pandai ambil air sembahyang dan solat. Ayah juga mengajar saya membaca Iqra'. Setakat ni dah masuk buku 3.





Itu dulu catatan yang sempat saya tulis kali ini. Insya Allah saya akan tulis lagi perkembangan terkini dari semasa ke semasa.