Friday, December 03, 2004

Usia 11 Bulan (13 Nov - 12 Dis 2004)

Aku terus membesar. Semalam seperti biasa ayah bawa berjalan-jalan di luar rumah waktu petang selepas balik dari rumah Mak Ngah. Tapi kali ni ayah biarkan aku berdiri di tepi pangkin depan rumah Cikgu Zek. Ramai la kakak-kakak dan abang-abang (jiran-jiran aku la) yang datang pegang tangan, pegang pipi dan nak berbual dgn aku. Aku pun apa lagi, layan la dengan bahasa yang aku sdr tak faham. Tapi diorang tu macam faham pulak apa yang kluar dari mulut aku.
Ada sorang budak sebaya aku tinggal di rumah nombor 27. Dia lahir pada 23 Jan (aku 13 Jan). Kakak dia selalu bawa dia naik basikal warna pink, jealousnya aku. Ayah aku bawa naik dukung je. Aku nak tumpang naik sama ayah tak kasi. Dia selalu lambai kat aku, aku senyum je la. Nak tanya nama tak tau nak cakap. Nasib baik ayah ringan mulut nak tanya mak dia, rupanya nama dia Nur Fitriyah. Putih melepak, lebih putih dari aku, tapi dia tak tumbuh gigi lagi, gigi aku dah banyak dah, atas bawah dah tumbuh gigi, 7 batang semuanya.

4 comments:

Unknown said...

Hari ni aku dapat sebut bunyi baru: za za za za za

Unknown said...

Hari ni boleh cakap 'ubat' pulak. Hari2 ayah sapu ubat dan cakap cam tu, senang la aku ingat, hihihiii ...

Unknown said...

Hari ni pandai cakap kan, kan, kan ...

Unknown said...

Dua tiga hari ni dah pandai melambai tangan 'bye, bye'